FIFA mendakwa Piala Dunia 2022 mempunyai kehadiran penonton yang memuaskan. Walaupun begitu, bukti yang dapat diperhatikan jelas menunjukkan sebaliknya. Ratusan kerusi penonton yang kosong dapat dilihat di kebanyakan perlawanan Piala Dunia di Qatar. Statistik rasmi yang dikeluarkan FIFA mengenai kehadiran penonton mengejutkan ramai kerana jika dilihat secara mata kasar keadaan di stadium ia seperti tidak sepadan. FIFA mendakwa sebanyak tiga juta tiket telah laris terjual dan stadium dipenuhi penonton sehingga mencecah 94% kapasiti. Perlawanan Brazil menentang Serbia pada Selasa malam didakwa telah dihadiri 88,013 penonton. Ketidakhadiran sesetengah penonton dapat dijelaskan mungkin kerana kelewatan untuk tiba di venue berikutan kesesakan trafik di dalam perjalanan. Pemerhati rata-rata masih sangsi dengan statistik kehadiran penonton yang dikeluarkan FIFA kerana kekosongan kerusi di stadium menunjukkan sebaliknya. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI