suria

Selamba keluarkan alat sulit, pemain bola tak sedar aksi kencing tepi padang sedang dirakam

Video lama Beasley kembali tular gara-gara Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung.

BEKAS pemain bola sepak Amerika Syarikat (AS) DaMarcus Beasley membuat 126 penampilan untuk negaranya sejak tahun 2001 hingga 2017.

Namun sepanjang kerjayanya, dia paling diingati kerana detik memalukan selepas aksi kencing di tepi padang menjadi tontonan umum.

Menerusi kejadian pada tahun 2002 ketika AS menentang Mexico semasa Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, Beasley hanya diletakkan di bangku pemain simpanan.

Beasley pada waktu itu selamba mengeluarkan alat sulitnya dari sisi seluar pendek sebelum kencing di kawasan bangku pemain simpanan yang terletak bersebelahan padang.

Lebih memalukan, dia tidak sedar kamera sedang dihalakan ke arahnya sehingga video tersebut menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Liverpool ketawa sampai baring atas lantai, terhibur lihat Jurgen Klopp pakai ‘boxer’ Ronaldo

Tindakan Beasley juga dipersoalkan memandangkan dia tidak beraksi dalam perlawanan, sekali gus mempunyai banyak masa untuk ke tandas pada waktu itu.

Biarpun sudah lama berlalu, rakaman video Beasley tetap akan diulang tayang, khususnya apabila Piala Dunia diadakan.

Kini, video itu sekali lagi tular ketika Piala Dunia 2022 sedang diadakan di Qatar.

Untuk rekod, Beasley bermain untuk negaranya pada Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014, menjaringkan 17 dalam 124 penampilan antarabangsanya.

Beasley bersara pada 2019 selepas lima tahun bersama Houston Dynamos, manakala dia bersara daripada pasukan AS pada 2017. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan