PEMAIN veteran Portugal, Pepe tetap meneruskan permainan walaupun mengalami kecederaan tangan ketika menentang Maghribi dalam pusingan suku akhir Piala Dunia. Pemain berumur 39 tahun itu menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan apabila Cristiano Ronaldo ditinggalkan di bangku simpanan. Bagaimanapun Maghribi membuat kejutan dengan menewaskan Portugal 1-0 untuk menjadikan mereka negara Afrika pertama yang mara ke pusingan separuh akhir. Menambah garam pada luka, Portugal FA mengesahkan Pepe bermain dengan kecederaan tangan sepanjang perlawanan itu. Pepe selepas perlawanan mendapatkan rawatan lanjut di hospital Doha untuk kecederaannya itu. Seperti Ronaldo, Piala Dunia 2022 dijangka akan menjadi Piala Dunia terakhir untuk Pepe. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI