suria

Perancis iringi Argentina ke final Piala Dunia, Mbappe bakal berjumpa Messi

Gol kedua Perancis yang disumbangkan oleh Kolo Muani.

PERANCIS akan ke aksi final Piala Dunia menentang Argentina selepas gol awal Theo Hernandez dan satu gol lewat Randal Kolo Muani menamatkan impian Maghribi menerusi kemenangan 2-0 pada separuh akhir sebentar tadi.

Pemain pertahanan, Hernandez meledak pada lima minit pertama aksi ke gawang Maghribi selepas pergelutan di depan gol namun juara bertahan itu hanya sesekali menampilkan kelas tersendiri mereka.

Maghribi yang terganggu dengan kecederaan awal dua pertahanan mereka, berjaya menghadirkan masalah tetapi Hugo Lloris bijak menyelamatkan sepakan Jawad El Yamiq pada penghujung aksi babak pertama ketika barisan penyerang lawan banyak mengasak pada babak kedua.

Bagaimanapun mereka gagal mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan dan mempamerkan aksi terbaik seperti ketika menentang Belgium, Sepanyol dan Portugal yang menjadikan mereka pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir.

Perancis tampak sudah pasti ke final pada minit ke-79 apabila Kylian Mbappe menggelecek sebelum mengumpan buat Muani yang menyudahkannya dengan sentuhan pertama kurang seminit selepas dimasukkan.

Perancis pastinya sangat lega menjadi juara bertahan pertama untuk mara ke final buat kali kedua berturut-turut sejak Brazil pada 2002 dan kini boleh mengulangi pencapaian Brazil (1962) dan Itali (1938) sebagai pasukan ketiga berjaya mengekalkan mahkota dimenangi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Perancis, Argentina, Piala Dunia

Artikel Lain