suria

Julang trofi Piala Dunia kali terakhir... Messi bersara dengan Bola Emas, dinobat legenda!

Messi berusia 35 tahun diberi penghormatan oleh rakan sepasukannya.

KEUNGGULAN Argentina dalam kejohanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar yang berjaya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail bukan hanya menghentikan kemarau 36 tahun negara tersebut dalam dalam sejarah bola sepak.

Malah pemain terbaiknya, Lionel Messi berjaya menjulang trofi itu dalam perlawanan terakhirnya sekali gus dinobatkan sebagai seorang legenda dalam kariernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mbappe hatrik tapi Messi bawa pulang Piala Dunia! Kemarau 36 tahun Argentina berakhir

Mana tidaknya, usaha yang dilakukan untuk membawa Angel Di Maria sehingga mendahului pasukan lawan amat membanggakan.

Tambahan pula Argentina berjaya mendominasi perlawanan dalam tempoh 45 minit pembukaan menerusi dua jaringan gol, yang pertamanya dihadiahkan oleh Messi.

Piala Dunia 2022 tamatkan kemarau Argentina

Piala Dunia 2022 tamatkan kemarau Argentina.

Pun begitu, menghampiri masa terakhir dalam separuh masa kedua, Perancis berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi tindakan pantas Mbappe.

Namun, sekali lagi Messi berjaya membuka ruang mendahului pasukan lawan apabila gol dijaringkan ketika masa tambahan.

Keputusan yang pada awalnya didominasi oleh Di Maria kemudian berjaya dihalang sekali lagi oleh Mbappe menerusi sepakan penalti yang diperoleh.

Kedudukan terikat 3-3 mendorong sepakan penalti diadakan bagi menentukan juara.

Anak-anaknya turut turun ke padang bagi meraikan kejayaan.

Anak-anaknya turut turun ke padang bagi meraikan kejayaan.

Namun akhirnya, Perancis tewas dan kehilangan trofi yang diidamkan selepas dua pemainnya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Argentina pula menukarkan keempat-empat pemain mereka untuk menobatkan karier legenda Messi.

Sergio Aguero, yang akan mengetuai barisan negara jika tidak dipaksa bersara lebih awal kerana sakit jantung tahun lalu turut dilihat menyertai kejayaan itu, manakala Messi berlutut dan dikerumuni oleh rakan sepasukannya.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu juga disatukan dengan keluarganya yang gembira, ketika ibu Celia memeluknya dan anak-anaknya Mateo, Ciro dan Thiago menyertainya di atas padang.

Statusnya sebagai pemain terbaik kejohanan itu disahkan apabila dia dianugerahkan Bola Emas, sebelum disarungkan dengan bish untuk menjulang trofi Piala Dunia untuk kali terakhir. - Star Daily

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain