PEMAIN Argentina, Paulo Dybala, 29, pastinya tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022, menentang Perancis. Lebih manis, aksi Dybala di kejohanan berprestij itu akan disertai kekasihnya, Oriana Sabatini yang berjanji untuk hadir memberikan sokongan. Oriana, 26, yang juga anak saudara kepada bekas bintang tenis Gabriela Sabatini merupakan penyanyi terkenal di di Argentina. ARTIKEL BERKAITAN: Argentina ke final Piala Dunia... bakal menentang Perancis atau Maghribi? Dia pernah berkongsi pentas dengan Red Hot Chilli Peppers dan dijemput menjadi penyanyi dalam konsert Ariana Grande serta Coldplay. Oriana dan Dybala bertemu ketika dia membuat persembahan di konsert Ariana Grande pada 2017. Mereka mula berkawan rapat sebelum mengesahkan hubungan cinta yang terjalin pada tahun berikutnya. Oriana sememangnya terbuka tentang orientasi seksualnya dan pernah mengaku sebagai individu biseksual menerusi kenyataan di Instagram. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI