suria

Kedutaan Brazil di Malaysia lancar buku ucapan takziah untuk Pele, peminat boleh beri penghormatan terakhir kepada legenda

Satu kain rentang yang memaparkan wajah Pele di luar Stadium Urbano Caldeira, Santos, Sao Paulo, Brazil, semalam. - AFP

BUKU ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil, Pele.

Menurut kenyataan Kedutaan Brazil di Malaysia, buku ucapan takziah itu dibuka mulai hari ini hingga Sabtu ini dengan sebarang ucapan takziah hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected] .

Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia Khamis lalu pada usia 82 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser.

Raja bola sepak Brazil itu menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya. Gerakannya yang lincah serta kelajuannya membantu merevolusikan permainan dan meningkatkan populariti bola sepak di seluruh dunia.

Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA, memilihnya sebagai pemain abad ini bersama-sama bintang Argentina Diego Maradona yang meninggal dunia pada 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Pele, Brazil, Piala Dunia, meninggal dunia

Artikel Lain