suria

Kaka, Ronaldo Nazario, Neymar teruk dikritik gara-gara tak hadir beri penghormatan terakhir untuk Pele

Ratusan ribu peminat hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat Pele.

BEBERAPA bintang bola sepak terkenal Brazil dikecam hebat ekoran kelibat mereka tidak kelihatan memberikan penghormatan terakhir buat legenda bola sepak negara itu, Pele.

Beratus ribu orang menunggu berjam-jam di bawah terik matahari pada Isnin untuk memberikan penghormatan terakhir buat Pele di Stadium Vila Belmiro.

Ketika ramai yang sanggup datang dari jauh, bagaimanapun Ricardo Kaká, Neymar da Silva Santos Júnior dan Ronaldo Nazario langsung tidak kelihatan, sekaligus menjadi kritikan ramai.

Antara yang hadir adalah Presiden Brazil, Luiz Inacio da Silva; Presiden FIFA, Gianni Infantino; Ketua Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, Alejandro Domínguez, dan Gabenor São Paulo, Tarcísio de Freitas.

"Di manakah Kaka, yang sebelum ini mengatakan orang Brazil tidak mengenali wira mereka?" soal Walter Casagrande Júnior, seorang kolumnis Brazil yang lantang.

Neymar, adalah seorang lagi bintang bola sepak negara yang tidak muncul, namun meminta bapanya untuk mewakili pihaknya.

Jasad Pele selamat disemadikan di Memorial Necropole Ecumenical, Santos pada Selasa.

Terdahulu pada Isnin, keranda Pele ditempatkan di Stadium Vila Belmiro Santos FC bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan terakhir. - Theguardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain