BEKAS bintang Brazil, Rivaldo mendedahkan sebab mengapa dia menolak untuk menghadiri pengebumian pemain legenda negaranya, Pele. Rivaldo yang kini sudah bersara, adalah salah seorang daripada sebilangan daripada pemain bola sepak Brazil yang tidak menghadiri majlis pengebumian Pele, Selasa lalu. "Walaupun berada di Brazil, saya tidak pasti sama ada saya akan pergi ke sana walaupun saya tahu Pele adalah pemain terbaik sepanjang zaman. "Saya tidak suka memberi penghormatan ketika ini, saya tidak menentang sesiapa yang mahu melakukannya. "Saya bertemu Pele, saya beberapa kali berbual dengannya dan saya menghormatinya sewaktu hidup. "Saya menunjukkan kasih sayang dan kekaguman terhadapnya setiap saat dan dia sentiasa berterima kasih kepada saya. "Tiada siapa yang akan mengubah rasa hormat dan kekaguman yang saya miliki untuknya walaupun dia tidak akan kembali," katanya. Selain Rivaldo, pemain lain seperti Neymar dan bekas pemain seperti Zico, Romario, Ronaldo, Kaka dan Ronaldinho turut tidak muncul pada majlis pengebumian Pele sehingga mengundang kritikan ramai. Dipercayai lebih 230,000 orang yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Pele di Santos, Selasa lalu. - Thesun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI