suria

Malaysia tersungkur di tangan Thailand 3-0, impian Piala AFF terkubur

Pemain Thailand, Teerasil Dangda menjaringkan gol pembuka perlawanan. -AFP

PERJALANAN Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 tamat di pusingan separuh akhir.

Anak buah Kim Pan-gon berdepan dengan cabaran yang sukar bertandang ke gelanggang lawan dengan hanya bekalan satu gol.

Skuad Gajah Perang meranapkan impian Harimau Malaya dengan jaringan gol pembuka tirai perlawanan seawal minit ke-19 hasil sumbangan Teerasil Dangda.

Bersambung babak kedua, Malaysia perlahan-lahan mula mengancam Thailand selepas dua pemain baharu iaitu Lee Tuck dan Ruventhiran dimasukkan untuk cuba mengubah nasib skuad negara.

Gerakan daripada sebelah sayap Thailand sekali lagi gagal dipatahkan skuad negara dan akibatnya, Malaysia dibolosi dengan gol kedua menerusi Bordin Phala pada minit ke-55.

Impian Malaysia untuk mara ke final kian malap apabila Thailand menambah gol ketiga pada minit ke-71 menerusi pemain gantian, Adisak Kraisorn untuk agregat 3-1 buat tuan rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain