suria

Atlet MMA, Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun

Victoria meninggal dunia pada usia 18 tahun.

PENINJU seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun.

Kematiannya diumumkan secara rasmi oleh kakaknya, Angela Lee, di media sosial pada Ahad.

Angela yang juga merupakan peninju MMA dan juara dunia atomweight dan lightweight One Championship berkata, adiknya meninggal dunia pada 26 Disember lalu.

"Pada 26 Disember 2022 keluarga kami mengalami keadaan yang diharapkan tidak perlu dilalui oleh keluarga lain.

"Amat sukar untuk mengatakan hal ini. Victoria kami meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar terjejas sejak detik itu.

"Kami merinduinya. Lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Keluarga kami tidak akan pernah sama. Kehidupan tidak akan pernah sama," tulisnya.

Punca kematian mendiang Victoria di Hawaii bagaimanapun tidak dinyatakan.

Dilahirkan di Hawaii, Victoria mewakili kedua-dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.

Mendiang juga disenaraikan sebagai penolong pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni mempertahankan diri di Singapura. - CNA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Victoria Lee, MMA, meninggal dunia

Artikel Lain