THAILAND terbukti ujian yang sebenar untuk anak buah Kim Pan-gon. Skuad Gajah Perang dilihat berjaya mengekang jentera serangan Harimau Malaya dan mengawal rentak permainan dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022. Jaringan pembuka tirai perlawanan dihadiahkan oleh Faisal Halim seawal minit ke-11 yang menolak bola masuk menerusi kelangkang penjaga gawang Thailand, Kampol Pathomakkakul. Thailand dilihat mendominasi perlawanan meskipun Harimau Malaya beraksi di laman sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil. Harimau Malaya mempunyai beberapa peluang keemasan yang terhidang hasil gerakan serangan balas tetapi lebih banyak diasak dan berada dalam kedudukan bertahan. Bekalan satu gol dibawa Harimau Malaya untuk perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat. Thailand pada 10 Januari kelak, 90 minit masa perlawanan di negara jiran akan menentukan finalis Piala AFF 2022. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI