suria

Pan Gon enggan ulas keputusan pengadil batalkan gol kedua Harimau Malaya

Keputusan kontroversi pengadil Korea Selatan, Kim Dae Yong menidakkan gol kedua Harimau Malaya. -AGENSI

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon enggan mengulas mengenai insiden pengadil membatalkan jaringan kedua Harimau Malaya ketika berdepan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

"Saya tak ada duit (untuk bayar denda)," kata Pan Gon sambil berseloroh ketika ditanya mengenai keputusan yang dibuat oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Yong.

Dae Yong membatalkan jaringan pada minit ke-55 yang diledak Dominic Tan selepas didakwa berlaku kekasaran ke atas pemain Thailand sebelum dia menanduk masuk bola sepak percuma Lee Tuck.

Keputusan itu mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan peminat Harimau Malaya di stadium terutama selepas mereka sudah meraikan jaringan kedua Harimau Malaya.

Keputusan itu turut menyaksikan Harimau Malaya terpaksa akur dengan kemenangan 1-0 ke atas Thailand dengan skuad Pan Gon akan mengharungi aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Selasa ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain