HARRY Kane dilaporkan terbuka kepada idea untuk mengikat kontrak baharu bersama Tottenham Hotspur kerana mahu memenangi trofi bersama kelab London utara itu. Jika benar, ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada Manchester United yang berhasrat mahu menandatanganinya. Kane mempunyai baki kontrak 18 bulan atau sehingga musim panas 2024 bersama Tottenham. The Athletic melaporkan Kane kini bersedia untuk mengadakan perbincangan sebaik sahaja jendela perpindahan Januari ditutup. Timbul desas desus kebelakangan ini yang mengatakan United berminat untuk mendapatkan khidmat kapten England berusia 29 tahun itu. Sekiranya persetujuan dapat dicapai, maka Kane akan terus kekal di Tottenham sekali gus memaksa United mendapatkan penyerang lain. - Goal.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube