suria

Dakwaan rogol: Isteri padam semua gambar Dani Alves di Instagram, petanda akan berpisah?

SECARA tiba-tiba, isteri kepada Dani Alves memadam semua gambar pemain antarabangsa Brazil itu daripada akaun media sosialnya.

Dipercayai tindakan ‘menghapus jejak’ Joana Sanz ini adalah berikutan kes jenayah melibatkan suaminya itu.

Mana tidaknya, semakin hari, semakin banyak maklumat muncul tentang pemenjaraan Alves dan dakwaannya merogol seorang gadis di kelab malam Barcelona.

Keterangan mangsa, bersama-sama dengan saksi lebih-lebih lagi kenyataan yang bercanggah daripada Alves sendiri, menjadikan situasi pemain itu semakin rumit.

Joana sebelum ini dikatakan memberi sokongan kepada Alves, tetapi kini tindakan terbaharunya meninggalkan tanda tanya.

Ia menyusul selepas lebih seminggu penahanan pemain Brazil itu, seolah-olah memberi petanda bahawa mereka bakal berpisah.

Terdahulu, Alves dituduh telah memaksa seorang wanita untuk pergi ke tandas di kelab malam itu untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Jurucakap Alves berkata pemain itu 'menafikan sekeras-kerasnya' dakwaan tersebut.

Beberapa jam selepas penahanan Alves, kelabnya di Mexico, Pumas mengumumkan pemecatan pemain tersebut. -MARCA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain