suria

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT

Tunku Ismail memberi bayangan Khairy Jamaluddin mungkin akan menjadi CEO JDT.

"SATU pintu rezeki tertutup, pasti akan terbuka pintu rezeki yang lain. Rezeki di tangan Allah."

Demikian kata-kata bekas Ahli Parlimen Rembau , Khairy Jamaluddin di laman Instagram miliknya selepas pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan bayangan tentang masa depannya.

Tunku Ismail dalam satu hantaran di Instagram memberikan gambaran bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.

Hantaran Tunku Ismail dan Khairy Jamaluddin di Instagram.

"Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy.

Bayangan yang diberikan Tunku Ismail itu dilihat realistik memandangkan Khairy sebelum ini pernah memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi

Khairy dipecat keahliannya dari Umno melalui keputusan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pada Jumaat malam.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, Khairy dipecat parti disebabkan perlanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain