suria

Gempa bumi Turkiye: Atsu ditemui selamat, sedang dirawat di hospital

Atsu kini berada dalam keadaan stabil.

PEMAIN sayap antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui selamat dan berada dalam 'keadaan stabil' di hospital tempatan.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Ghana dan ejen Atsu pada Selasa.

"Kami menerima beberapa berita positif bahawa Christian Atsu telah berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan dan sedang menerima rawatan. Mari kita teruskan berdoa untuknya," tulis Ghana FA di Twitter.

Ejen Atsu, Nana Sechere, memberitahu CNN pada Selasa bahawa pemain itu berada dalam keadaan 'stabil' di hospital tempatan selepas berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan yang ranap.

Atsu sebelum itu dilaporkan antara ribuan mangsa yang hilang dalam runtuhan bangunan, berikutan gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada Isnin.

Atsu, 31, yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris seperti Newcastle United, Everton dan Chelsea, menyertai Hatayspor di Turkiye pada September.

Dia kali terakhir beraksi untuk Ghana pada 2019 tetapi belum bersara secara rasmi daripada bola sepak antarabangsa. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain