suria

Gagal dikesan selepas gempa bumi, penjaga gol Turkiye disahkan maut di bawah runtuhan bangunan

Penjaga gol itu ditemukan maut di bawah runtuhan bangunan.

PEMAIN bola sepak, Ahmet Eyup Turkaslan merupakan antara mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu dilaporkan hilang selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pada Isnin, yang mana ia turut menjejaskan negara jiran, Syria.

Mayatnya kemudian ditemukan di bawah runtuhan.

Kelab Turkaslan Yeni Matalyaspor, yang bermain di divisyen kedua Turki turut memuat naik ciapan di Twitter, mengesahkan kematian penjaga gol itu.

"Maaf atas kehilangan kamu. Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, terkorban selepas terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye, Syria: Satu keluarga ditemukan hidup di bawah runtuhan

"Berehatlah dengan tenang. Kami tidak akan lupakan kamu," tulis pengendali Twitter itu.

Menurut Pusat Kajian Geologi AS (USGS), gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi gegaran kuat berukuran 6.7 magnitud.

Gempa awal berpusat 26 kilometer (km) timur bandar Nurdagi di wilayah Gaziantep, pada kedalaman 17.9 km, manakala gegaran kedua melanda beberapa minit kemudian berpusat di tengah Turkiye, pada kedalaman 9.9 km.

Gegaran berlarutan kira-kira seminit, menurut saksi Reuters di Diyarbakir. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain