CRISTIANO Ronaldo menjaringkan empat gol untuk Al-Nassr, termasuk mencetak gol yang ke-500 dalam kariernya, ketika pasukannya menewaskan Al-Wehda 4-0 dalam Liga Pro Saudi, pada Khamis. Peminat mendakwa 'goat' kini kembali selepas Ronaldo menjaringkan empat gol untuk membantu kemenangan Al-Nassr, dalam satu perlawanan. Penyerang Portugal berusia 38 tahun itu kini sudah mencetak 503 gol di lima liga berbeza, termasuk lima gol bersama Al-Nassr. Pemenang Ballon d'Or lima kali itu menyertai Al Nassr pada Disember, dilaporkan dengan gaji £177 juta (RM925.6 juta) setahun. Bagaimanapun, dia tidak menikmati permulaan yang baik dengan majikan baharunya. Pemain yang diberi nama jolokan CR7 itu hanya menjaringkan gol pertama untuk Al Nassr menerusi sepakan penalti sewaktu menentang Al Fateh, minggu lalu. - Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube " target="_blank">BBC Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube