suria

Salah tolak undi Messi, Mbappe untuk anugerah terbaik Fifa?

Mohamed Salah didakwa tidak mengundi Messi dan Mbappe bagi anugerah terbaik Fifa. foto Reuters

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah didakwa menolak Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam undiannya untuk anugerah terbaik Fifa.

Messi dinobat sebagai pemain terbaik 2022 pada majlis anugerah tahunan Fifa pada Isnin malam.

Pemain itu mempunyai sedikit kelebihan setelah akhirnya memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar tahun lepas.

Mbappe pula merangkul naib juara bagi anugerah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Salah kecewa prestasi semasa Liverpool, gandingan Sadio Mane dirindui

Bagaimanapun, Salah tidak memilih kedua-dua bintang PSG dalam tiga undiannya yang bernilai lima, tiga dan satu mata.

Sebaliknya, dia memilih Vinicius Junior, Kevin De Bruyne dan Achraf Hakimi.

Kapten Mesir itu merupakan satu-satunya pemain yang mengundi pemain sayap Real Madrid, Vinicius di tempat teratas.

Beberapa penyokong mendakwa dia berbuat demikian untuk meningkatkan peluangnya sendiri memperoleh kemenangan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain