PENYERANG legenda Perancis, Just Fontaine, yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, akan dikenang kerana menjaringkan 13 gol di Piala Dunia 1958. Setakat ini, hanya tiga pemain menjaringkan lebih banyak gol Piala Dunia berbanding Fontaine, walaupun dia hanya bermain enam perlawanan dalam satu edisi sahaja. Tiga pemain itu adalah Miroslav Klose (16); penyerang Brazil, Ronaldo (15) dan pemain Jerman Barat, Gerd Mueller yang menjaringkan 14 gol. Berita kematiannya pada 1 Mac (Rabu) diumumkan oleh Paris Saint-Germain (PSG), yang diurusnya antara 1973 dan 1976, di mana mendiang membawa mereka naik semula ke Ligue 1 pada 1974. PSG menyifatkan Fontaine sebagai 'monumen bola sepak Perancis'. - Theguardian Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube