suria

Gara-gara bertanya tentang lagu baru Shakira, wartawan dakwa diugut Pique... “Dia telefon dan kata saya akan mati”

Pique dan Shakira berpisah pada pertengahan tahun lalu.

GERARD Pique dilaporkan menghantar ugutan bunuh kepada seorang wartawan gara-gara bertanya tentang lagu baharu bekas kekasihnya itu.

Wartawan bernama Jordi Martin mendakwa, bekas pemain Barcelona itu juga cuba melanggarnya dengan kereta, lapor majalah Marca.

Gerard dan kekasih barunya Clara Chia Marti, tiba di rumah ibu bapanya di mana dia diminta mengulas mengenai kolaborasi penyanyi lagu Waka Waka itu dengan Karol G, berjudul TGQ baru-baru ini.

Pemain bola sepak itu tidak menjawab sebarang soalan dan masuk ke dalam rumah.

"Hari ini saya melalui episod yang tidak menyenangkan dengan Gerard Pique dan Clara Chia, saya hampir dilanggar," kata Martin.

"Apabila mereka keluar (rumah), Pique memecut kereta dengan cara yang hampir melanggar saya," tambahnya.

"Tidak lama kemudian, kami saling berada di jalan raya dan mereka berdua mentertawakan saya, menghina saya dan membuat isyarat lucah," dakwanya.

Martin seterusnya mendakwa Pique menghantar ugutan kepadanya melalui telefon bimbit.

"(Pique) mendapat nombor telefon saya dan juga menghubungi saya mengatakan saya akan mati... ia bukan kali pertama," dakwanya lagi. - Thenews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain