suria

Diterjah kuat pada muka ketika menentang Rotherham United, gigi depan pemain Birmingham City patah

Gigi depan Krystian Bielik ditemui oleh rakan sepasukannya, Dion Sanderson.

BINTANG Birmingham City, Krystian Bielik 'hilang' sebatang gigi depan selepas diterjah kuat pada bahagian muka ketika aksi menentang Rotherham United, pada Sabtu lalu.

Akibat pelanggaran dengan Hakeem Odoffin, pemain antarabangsa Poland berusia 25 tahun itu mengerang kesakitan beberapa minit sejurus selepas diterjah, sebelum melangkah ke tepi padang dengan mulut dipenuhi darah.

Bielik dikeluarkan ekoran kecederaan tersebut dan digantikan oleh Jordan James.

Dalam satu klip yang tular, rakan sepasukannya Dion Sanderson, berjalan ke arah pemain tengah itu yang sedang berlumuran darah sambil menunjukkan giginya yang patah.

"Dah jumpa, kawan," kata Sanderson kepada Bielik sambil menunjukkan sebatang gigi dalam genggamannya.

Sementara itu, pengurus Birmingham City, John Eustace telah berkata Bielik dibawa ke hospital untuk merawat kecederaannya.

"Mudah-mudahan ia tidak terlalu teruk dan kami boleh membawanya masuk pada Selasa," ujar Eustace, merujuk aksi Birmingham City dengan Watford. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain