ATLET seni mempertahankan diri campuran (MMA) Tom Aspinall mengalami kecederaan lutut ketika bertarung di O2 Arena, London pada Julai tahun lalu. Sejak direhatkan daripada sebarang pertandingan, atlet berusia 29 tahun itu mengakui dia kerap menonton video lucah kerana bosan sepanjang proses pemulihannya. "Secara asasnya, saya hanya duduk sepanjang hari, menonton video lucah setiap hari. Sampai satu tahap macam dah tonton semua benda. "Sekarang saya rasa gembira, keadaan makin baik. Kami sedang bergerak ke arah yang bagus. Saya rasa lebih baik secara mental dan fizikal. Saya dah bersedia," ujarnya. Kini, dia kembali ke gelanggang untuk latihan penuh dan dijangka terlibat dalam perlawanan 'comeback' pertama pada musim panas akan datang. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube