KHABAR angin bertiup kencang di internet bahawa teman wanita Neymar, Bruna Biancardi, sedang hamil hasil hubungannya dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu. Pasangan ini mula berpacaran pada 2021 dan mereka mengumumkan pertunangan pada Januari 2022 di media sosial. Selepas beberapa bulan, Neymar dan Biancardi dikhabarkan berpisah kerana wanita tersebut mendakwa bintang bola sepak itu berlaku curang. Bagaimanapun pada 5 Februari lalu, Biancardi dilihat hadir ke majlis hari jadi Neymar, sekaligus memberi petanda mereka kembali bersama. Terbaharu, timbul khabar angin mengatakan Biancardi sedang hamil hasil hubungannya dengan Neymar. Beberapa sumber menafikan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah palsu. Sehingga kini kedua-duanya tidak mengesahkan khabar angin ini atau menafikannya. - Pkbnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube