DI sebalik berita sensasi kisah kecurangannya, Gerard Pique membuktikan dirinya sebagai seorang bapa yang penyayang. Baru-baru ini, dia dilihat menghabiskan masa berkualiti bersama dua anaknya hasil hubungan dengan penyanyi Shakira, menonton perlawanan bola sepak di Barcelona. Pique sebelum ini lebih gemar mendiamkan diri daripada membicarakan soal anak-anaknya selepas perpisahannya dengan Shakira, tahun lalu. Gerard menjelaskan tindakan tersebut adalah demi melindungi anak-anaknya. "Setiap orang mempunyai tanggungjawab mereka untuk mencuba melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. "Ia adalah mengenai melindungi mereka. Itulah tugas semua ibu bapa yang mempunyai anak. Itulah yang saya fokuskan dan itulah tugas saya sebagai bapa," kata Pique kepada media. Pique menambah, dia 'sangat gembira' berikutan perubahan yang berlaku dalam hidupnya, termasuk perpisahan dengan Shakira dan persaraan daripada arena bola sepak. - Dailymail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube