suria

Messi berada di puncak, tapi pemain muda tetap pilih Ronaldo sebagai idola

Nama Messi dan Ronaldo terus menjadi sebutan dan sering dilaga-lagakan.

BINTANG muda Napoli yang semakin meningkat, Khvicha Kvaratskhelia menamakan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya.

Pemain sayap Georgia berusia 22 tahun itu berkata, dia tetap memilih Ronaldo sebagai idolanya, meskipun Messi kini berada di puncak kerjaya.

"Saya lebih suka Ronaldo kerana dia adalah idola saya, tetapi Messi adalah pemain yang teratas," ujarnya.

Pemain Georgia itu berada dalam prestasi cemerlang untuk Napoli musim ini, menjaringkan 14 gol dan memberikan 16 bantuan dalam 30 perlawanan.

Sumbangannya telah membantu pasukan Itali itu layak ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Pemain Georgia itu juga mengaku bahawa dia membesar dengan menyaksikan Ronaldo bermain di Real Madrid. - Sport Keeda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan