suria

Ronaldo bakal jual jet peribadi bernilai RM96 juta, mahu beli yang lebih mewah dan besar

Ronaldo dan Georgina bergambar dalam jet peribadi mereka yang bakal dijual.

CRISTIANO Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dikhabarkan bakal menjual jet peribadi mereka.

Pasangan tersebut dikatakan mahu membeli sebuah jet peribadi yang lebih besar, mewah dan selesa.

Untuk rekod, jet peribadi mewah Gulfstream G200 milik pasangan itu bernilai €20 juta (RM96 juta).

Pesawat itu sering digunakan oleh Ronaldo dan Georgina untuk memenuhi komitmen perniagaan dan peribadi mereka.

Ia juga pernah dipaparkan dalam siri dokumentari Netflix, I am Georgina yang berkisarkan kehidupan model jelita tersebut. - Sportskeeda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain