PENINJU terkenal Amir Khan dikenakan larangan untuk terlibat dalam sukan itu selama dua tahun setelah didapati positif menggunakan bahan terlarang. Menurut laporan The Mail, atlet berusia 36 tahun itu diuji positif dadah yang dikhaskan untuk membina badan ketika menentang Brook pada Februari 2022. Sampel air kencing yang dikumpul oleh UK Anti-Doping (UKAD) mengandungi Penemuan Analisis Buruk untuk ostarine, namun Khan berkata bahawa pengambilan itu tidak disengajakan. Biarpun digantung dua tahun, bekas juara light-welterweight itu akan muncul dalam I'm a Celebrity... South Africa antara April dan Mei, setelah pertama kali muncul di acara itu pada 2017. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube