LIONEL Messi ditawarkan sebanyak £350 juta (RM1.92 bilion) setahun untuk menyertai kelab bola sepak Arab Saudi, Al Hilal. Kelab Al Hilal merupakan musuh ketat bagi pasukan Cristiano Ronaldo, Al Nassr. Kontrak Messi di Paris Saint-Germain tamat pada akhir musim ini. Kelab gergasi Perancis itu dikatakan bersedia untuk membiarkan kontrak Messi berakhir. Nampaknya pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu akan menjadi ejen bebas pada akhir musim. ARTIKEL BERKAITAN: Messi berada di puncak, tapi pemain muda tetap pilih Ronaldo sebagai idola ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo dibayar RM87,939 sejam di Al Nassr, atlet termahal dalam sejarah sukan Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Miami dalam MLS serta kepulangannya ke Barcelona. Bagaimanapun, pilihan ketiga yang menjadi tanda-tanya mungkin menantinya di Timur Tengah. Menurut wartaan Itali, Fabrizio Romano, Al Hilal menghantar bidaan rasmi kepada Messi dan menawarkan kontrak bernilai £350 juta (RM1.92 bilion) setahun. Jumlah itu hampir dua kali ganda daripada bayaran £173 juta setahun (RM950 juta) oleh Al Nassr kepada Cristiano Ronaldo. Legenda Real Madrid itu berpindah ke gergasi Saudi selepas kontraknya di Manchester United berakhir. Ia sekali gus menjadikan Ronaldo sebagai ahli sukan paling mahal dalam sejarah menerusi bayaran daripada Al Nassr. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube