CRISTIANO Ronaldo dan Georgina Rodriguez merupakan antara pasangan yang paling popular di dunia. Malah, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang detik perkenalan antara mereka. Baru-baru ini, model jelita itu bercerita tentang kisah pertemuannya dengan Ronaldo pada 2016 yang disifatkan sebagai detik terindah dalam hidupnya. "Dia seorang lelaki yang kacak. Apabila saya melihatnya, dia sangat kacak saya berasa malu untuk pandang ke arah matanya," ujarnya. Malah, Georgina berkata dia jatuh cinta pandang pertama selepas bertemu dengan pemain sensasi itu. "Pertemuan pertama dengan Ronaldo adalah di butik Gucci tempat saya bekerja sebagai pembantu jualan. Beberapa hari kemudian kami berjumpa lagi sebuah acara. "Ketika itu kami boleh bercakap dalam suasana santai, di luar persekitaran kerja saya. Ia adalah cinta pandang pertama untuk kedua-duanya,” dedahnya. - The News. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube