FRANK Lampard bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sementara Chelsea. Ketika ini pemilik kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali meneruskan usaha mengintai calon terbaik bagi menggantikan tempat Graham Potter. Potter dipecat pada Ahad lalu selepas deretan keputusan yang buruk sekali gus meletakkan pasukan berada di kedudukan ke-11 carta Liga Perdana Inggeris. Bruno Saltor, yang menjadi sebahagian barisan kejurulatihan ketika dibawah Potter, mengambil alih tugas berkenaan ketika mereka terikat tanpa jaringan dengan Liverpool di laman sendiri, Selasa lalu. Lampard yang mengemudi Everton sehingga Januari lalu, akan kembali ke Stamford Bridge, persekitaran yang pernah menyaksikan dirinya diminati penyokong Chelsea ketika 13 tahun bergelar pemain. Sebelum ini dia pernah mengalami musim hambar sebagai pengurus dari 2019 hingga 2021. - Goal.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube