suria

Penyokong Napoli dihalang dari sambut kejuaraan, letusan gunung berapi jadi punca

Penyokong Napoli bersiap siaga untuk menyambut kejuaraan liga mereka yang pertama sejak tahun 1990.

PENYOKONG Napoli yang dalam persiapan meraihkan gelaran pertama liga Itali sejak 1990 disarankan untuk menjauhi Gunung Vesuvius, gunung berapi yang menghadap ke bandar selatan Naples.

Pihak berkuasa taman bimbang berhubung laporan yang menyatakan penyokong fanatik Napoli mempunyai rancangan menyalakan suar dengan warna kebangsaan Itali di Vesuvius sekiranya pasukan meraih gelaran esok dengan menyifatkan tindakan itu sebagai merbahaya.

Napoli yang mendahului carta Serie A bakal menjamin gelaran ketiga mereka sekiranya berjaya menewaskan pasukan pelawat Salernitana selain mengharapkan penghuni tangga kedua Lazio tercicir mata ketika menentang Inter Milan di San Siro.

"Kami gembira dengan kejayaan Napoli yang membawa kebanggan di rantau ini dan ia kegembiraan besar buat semua," kata pesuruhjaya taman Vesuvius, Raffaele De Luca.

Vesuvius terkenal kerana meletus pada 79 Masihi apabila ia memusnahkan bandar berdekatan Rom, Pompeiii dan ia kekal aktif sehingga kini. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain