suria

Hellen Telles capai kejayaan sendiri... Enggan dibayangi 'gelaran bintang' adik di kelab Manchester United

Hellen Telles diiktriraf sebagai ejen bola sepak FIFA.

BUKAN sekadar model dan dikenali sebagai kakak kepada pemain bintang Manchester United, Hellen Telles kini menjadi ejen bola sepak berlesen FIFA.

Menulis pada ruangan Instagramnya, kakak kepada Alex Telles itu berkata, dia telah berusaha keras selama sembilan tahun sebelum diiktiraf oleh FIFA.

"Ejen FIFA Berlesen Secara Rasmi! Sedikit sebanyak ia memberi makna besar kepada saya.

"Gelaran ini diperoleh selepas sembilan tahun perjuangan," ujarnya.

Malah dia turut mengakui penglibatannya dalam arena bola sepak bukanlah dengan 'undangan' meskipun dilahirkan dalam keluarga berkenaan.

Tambahnya, dia melangkah dari bawah dan sanggup dipandang hina serta menerima kritikan, sebelum dikenali ramai sehingga berjaya seperti sekarang.

Telles yang diwakili Gol Antarabangsa, Pini Zahavi semasa kerjayanya, dilihat bekerja dengan Pengurusan Sukan H13 Hellen. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Hellen Telles, Alex Telles

Artikel Lain