suria

Diganggu 'badi' kemalangan jalan raya... Mario Balotelli nekad jual Ferrari, Lamborghini

Balotelli terkenal sebagai individu yang gemar kenderaan mewah

MARIO BALOTELLI menjual kereta mewahnya termasuk Ferrari dan Lamborghini selepas hilang minatnya terhadapnya.

Bekas bintang Manchester City dan Liverpool itu terkenal sebagai individu yang gemar mengumpul kenderaan mewah pada masa lalu.

Berkata mengenainya, Balotelli mengakui masih mempunyai RSQ8, 500 Abarth dan GTR Nismo Nissan dengan 1400 hp di garaj.

Pemuda berusia 32 tahun yang tidak asing dengan pelbagai kontroversi di dalam dan di luar padang turut mengalami masalah di jalan raya.

Malah semasa bersama City pada 2012, Bentley miliknya pernah kemalangan di pusat bandar Manchester, yang menyaksikan teman wanitanya dikejarkan ke hospital kerana kecederaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku dua tahun selepas insiden kemalangan ketika dia memandu Audi A8 miliknya di Chester Road, Hulme.

Balotelli juga pernah merempuh kereta mendiang ejennya Mino Raiola semasa bersama Nice di Perancis.

Nasib malang penyerang Itali itu di jalan raya berterusan pada 2020 apabila dia terlibat dalam kemalangan kereta pada jam 6 pagi.

Kali ini, Balotelli berada di sebelah penumpang Fiat 500 Abarth perak yang melanggar pintu sebuah kedai roti di utara Brescia. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain