BERADA dalam jarak 4,000 batu tidak menghalang dua pemain muda tenis mendapat bimbingan satu lawan satu daripada Emma Raducanu yang berada di Abu Dhabi. Ia susulan hologram 5G pemain nombor satu Britain itu dipasang di Pusat Tenis Komuniti All England Club. Sam Clague, 14, dan T’nae Diamond Paisley, 12, yang tidak tahu Raducanu akan melatih mereka, terkejut apabila melihat pemain berusia 20 tahun itu 'muncul' di sisi lain jaring. Rakaman langsung itu dibuat semasa Raducanu berada di Abu Dhabi. Peluang tersebut bagaimanapun tidak disia-siakan dua remaja terbabit yang kemudiannya mengambil peluang untuk bertanyakan soalan serta merakam swafoto hologram bersama. Terdahulu, sesi bimbingan khas itu dikuasakan oleh rangkaian 5G Vodafone yang menugaskan penyelidikan terhadap 2,000 peminat tenis yang meramalkan evolusi sukan itu pada tahun-tahun akan datang. Ramalan termasuk 'mod berbilang bola', bola pintar dan jaring yang menyediakan data terperinci tentang permainan serta penambahan jurulatih hologram yang boleh pergi ke gelanggang semasa perlawanan. - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!