suria

Neymar sah bakal timang cahaya mata dengan pasangan, bukti cinta kembali bertaut

Neymar bakal dikurniakan cahaya mata. - Mirror UK

NEYMAR dan Bruna Biancardi bakal bergelar ibu bapa.

Bintang bola sepak Brazil itu dan teman wanitanya yang juga seorang model mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata bersama.

Bayi itu akan menjadi anak kedua buat Neymar selepas David Lucca yang kini sudah berusia 11 tahun.

Pasangan itu meraikan percintaan mereka yang kembali bertaut selepas putus tunang tahun lalu.

Neymar dan Biancardi mula berkenalan pada 2021 sebelum menjalin hubungan serius pada Januari tahun lalu.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Ogos 2022 sejurus selepas mengumumkan pertunangan mereka.

Namun, mereka kini sangat teruja menunggu kelahiran anak mereka.

Menerusi hantaran di media sosial, Neymar dan Biancardi menulis: "Kami sudah merancang kelahiran anda dan tahu bahawa anda berada di sini untuk melengkapkan cinta kami, dan menjadikan hari-hari kami lebih bahagia.

"Anda akan menyertai keluarga yang cantik, bersama kakak, nenek, bapa saudara dan mak saudara saya yang sudah sangat menyayangi anda! Jumpa anda tidak lama lagi, kami tidak sabar," katanya.- Mirror UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain