suria

Segak berlari pakai baju Melayu merah siap sampin, Edan Syah puas hati pecah rekod dunia maraton

Edan Syah berjaya membuktikan kemampuan rakyat Malaysia pada negara.

PELARI maraton negara, Mohd Syahidan Alias melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023, Ahad lepas.

Mohd Syahidan, atau lebih dikenali sebagai Edan Syah, kelihatan teruja selepas mencatatkan masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.

Kejayaan itu dikongsikan Syahidan atau lebih dikenali dengan nama Edan Syah menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

"Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki)," tulisnya.

Untuk rekod, pada 2019, Edan Syah turut mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit.

Bukan itu sahaja, Edan turut ucapan terima kasih kepada jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang menajanya sehingga berjaya melakukan rekod dunia berkenaan.

"Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea "luar kotak" saya untuk projek ini.

"Anda berani mencipta penanda aras baharu apa yang boleh dan buat yang mustahil. Terima kasih pengurus saya @jolenehong atas kepercayaan anda dan semua pengaturan dengan Rekod Dunia Guinness (GWR) dan pasukan @bulanbintanghq.

"Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain