KELUARGA merupakan halangan terbesar yang mungkin membantutkan perpindahan Lionel Messi ke kelab Arab Saudi. Difahamkan, Messi serius mempertimbangkan perpindahan ke negara Timur Tengah itu selepas menerima tawaran lumayan untuk berpindah ke sana sebaik sahaja kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) berakhir pada musim panas. Bagaimanapun isterinya, Antonela Roccuzzo teragak-agak untuk berpindah ke negara berkenaan, dan dalam masa yang sama, Messi juga berbelah bahagi untuk kekal di Eropah, menurut L'Equipe. Kelab Al-Hilal berharap dapat meyakinkan Messi untuk membuat langkah perpindahan, selain turut menyasarkan tawaran buat bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Sergio Busquets dan Jordi Alba. Jurulatih Al-Hilal, Ramon Diaz hanya mengulas ringkas 'kita lihat sahaja' (we'll see) apabila ditanya mengenai kemungkinan mendapatkan pemain antarabangsa dari Argentina itu. - Goal.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube