FIA telah melancarkan siasatan selepas seorang pejalan kaki mengelak daripada dilanggar di lorong pit buat kali kedua berturut-turut. Insiden yang berlaku pada pusingan kelima itu dipercayai seorang marshall tempatan, berjalan keluar di hadapan McLaren bintang British Lando Norris ketika dia memasuki terowong. Klip video yang telah dimuat naik ke laman web F1 Sky Sports itu menjadi tular, pun begitu ia kini telah dialih keluar. Jurucakap FIA mengesahkan kejadian tersebut dan menelitinya dengan penganjur tempatan. Insiden berkenaan berlaku hanya seminggu selepas pemandu Alpine Esteban Ocon terpaksa membrek laju untuk mengelak daripada melanggar berpuluh-puluh orang yang melintasi pintu masuk lorong pit semasa Grand Prix Azerbaijan di Baku. Ekoran itu, FIA mengemas kini peraturan mereka sebelum tontonan di Miami. Terdahulu pada pusingan tersebut, Max Verstappen melakar kemenangan di Miami pada hari Ahad dengan rakan sepasukannya Sergio Perez berada di tempat kedua. - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube