suria

Padu! Aksi serangan lutut tidak berjaya, kemaluan jadi sasaran tumbukan lawan

Kwiecinski terkena tumbukan tepat di kemaluannya.

HASRAT bintang MMA menewaskan lawan dengan serangan lutut terbantut apabila dia secara tidak sengaja terkena tumbukan padu di bahagian kemaluan.

Tomasz Gromadzki yang menggunakan nama Zadyma cuba melemparkan pukulan dalam pertarungan MMA pertamanya menentang Alan Kwiecinski. Bagaimanapun, apabila Zadyma melemparkan tumbukannya, Kwiecinski melompat untuk menyerang menggunakan lutut.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan kemaluan Kwiecinski terkena tumbukan.

Meskipun sakit, dia kembali bangkit dan meneruskan pelawanan sehingga memasuki pusingan kedua.

Pun begitu, perlawanan sengit itu berakhir dengan Zaydma diisytiharkan sebagai pemenang dengan kutipan mata. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Bintang MMA, tumbukan padu, perlawanan,

Artikel Lain