PENJAGA gol Aston Villa, Emi Martinez membuat tawaran mengejutkan demi mengumpan Lionel Messi menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Martinez memberitahu ESPN, dia sedia mengurangkan gajinya supaya dapat membawa Messi menyertai Aston Villa. "Jika Leo (Messi) mahu, saya akan membawanya masuk ke Aston Villa. Saya akan buat daging panggang pada setiap minggu dan saya sanggup potong gaji saya demi Messi jika perlu," ujarnya. Martinez dan Messi memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar pada hujung tahun lalu. Messi dijangka meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada hujung musim ini selepas dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu. Dia juga dilaporkan menerima tawaran lumayan bernilai RM1.9 billion setahun daripada pasukan Arab Saudi, Al Hilal. - Goal.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube