PENGURUS Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier mengesahkan Lionel Messi bakal meninggalkan pasukan itu, pada akhir musim ini. Messi, 35, tiba di Parc des Princes pada 2021 dan dijadualkan untuk mengambil pilihan tambahan tahun ketiga di ibu negara Perancis itu. Bagaimanapun, keretakan berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan laporan mendakwa pemain itu tidak berpuas hati di Paris. Khabar angin turut bertiup kencang mengaitkan pemenang Piala Dunia itu dengan perpindahan ke Barcelona atau Arab Saudi. ARTIKEL BERKAITAN: Lionel Messi 'terima' lamaran Al-Hilal, pendapatan dua kali ganda Cristiano Ronaldo Galtier mengesahkan perkara itu menjelang perlawanan terakhir bagi kelab itu dalam kempen Ligue 1. Perpindahan Messi dari kelab nampaknya semakin kuat selepas penyerang itu digantung kerana membuat lawatan ke Arab Saudi tanpa kebenaran. Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu memenuhi komitmen promosi kepada Arab Saudi, tetapi PSG menghukum pemain itu kerana telah melakukan lawatan tanpa kebenaran. Laporan terbaru menunjukkan legenda Barcelona itu berhubung dengan bekas majikannya dan bekas rakan sepasukan Xavi, yang baru-baru ini merangkul La Liga dalam musim penuh pertamanya sebagai pengurus. Bagaimanapun, terdapat desas-desus bahawa bintang itu 'menerima' kontrak dua tahun untuk mengikuti jejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Arab Saudi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube