suria

Pasukan 'kampung' masuk EPL, stadium dalam kawasan perumahan telan RM60 juta untuk ditambah baik

Stadium milik kelab Luton Town berbelanja besar untuk persediaaan memasuki EPL.

SEBUAH kelab dari liga kelas kedua berjaya menempah slot ke Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya.

Dinamakan sebagai Luton Town, kelab itu melakar detik bersejarah selepas menewaskan Coventry City pada perlawanan pusingan kelayakan di Stadium Wembley pada Sabtu.

Namun begitu, padang keramat mereka iaitu Kenilworth Road memerlukan penyelenggaraan besar-besaran bagi mencapai kualiti stadium untuk sebuah kelab EPL.

Kenilworth Road bakal menjadi stadium terkecil dalam EPL pada musim hadapan dengan jumlah kapasiti tempat duduk penyokong pada satu masa adalah 10,356.

Tempat kedua diikuti oleh Bournemouth dengan arena mereka yang dinamakan sebagai Vitality Stadium hanya mempunyai kapasiti tempat duduk berjumlah 11,379.

Penyelenggaraan di Kenilworth Road melibatkan penambahbaikan prasarana dan juga penyediaan kelengkapan elektronik untuk penyiaran perlawanan di kaca televisyen.

Penambahbaikan tersebut dijangka menelas kos berjumlah 10 juta pound (RM56 juta).

Selain itu, antara kerisauan lain adalah lokasi stadium itu yang terletak di dalam kawasan perumahan yang sungguh sempit.

"Tak sangka Erling Haaland, Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne akan main dalam stadium macam ni nanti," kata seorang warga maya.

Namun begitu, Luton Town memaklumkan sedang dalam usaha untuk berpindah ke stadium baharu yang lebih besar secepat mungkin. - Footbal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan