KECEDERAAN adalah apa yang paling digeruni setiap pemain bola sepak profesional. Begitulah kisahnya untuk penjaga gol simpanan Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Rico yang mengalami kecederaan serius selepas terbabit dengan kemalangan ketika menunggang kuda. Pemain berusia 29 tahun itu berada di bangku simpanan ketika PSG menjulang trofi Ligue 1 selepas terikat 1-1 dengan Strasbourg sebelum dia ke Sepanyol yang menyaksikan kemalangan berlaku di El Rocio. "Dia berada dalam keadaan yang serius," kata jurucakap PSG Rico diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Seville's Virgen del Rocio dengan dia diberikan bantuan pernafasan, kata pihak hospital. - Eurosport Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube