CRISTIANO Ronaldo menyifatkan gol terbaik yang pernah dijaringkan sepanjang kariernya masih tidak mampu menandingi pengalaman melakukan hubungan intim dengan pasangannya, Georgina Rodriguez. Bintang Portugal itu membuat pengakuan 'jujur' berkenaan dalam satu temu bual dengan penyampai TV, Piers Morgan di ITV, di mana dia diminta untuk menamakan gol terbaik yang pernah dia jaringkan. Untuk soalan tersebut, Ronaldo memilih jaringan kegemarannya adalah ketika menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara UEFA pada 2018. Apabila ditanya oleh Morgan sama ada gol itu lebih baik daripada seks, Cristiano Ronaldo menafikannya: "Tidak, tidak jika dibandingkan dengan Geo saya, tidak," katanya. Untuk makluman, Ronaldo berpacaran dengan Georgina sejak 2016. Mereka bertemu di sebuah butik Gucci di Madrid, tempat Georgina bekerja. Sejak pertemuan tersebut, pasangan itu hidup bersama dan kini menetap di Arab Saudi. Mereka kini merupakan ibu bapa kepada lima anak iaitu Cristiano Jr., Eva, Alana, Mateo dan Bella. - Sportskeeda Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube