PENYERANG sensasi Real Madrid, Karim Benzema bersetuju dengan perjanjian untuk menamatkan era kegemilangannya di kelab berkenaan, umum Los Blancos semalam. Penyerang berusia 35 tahun itu minggu ini dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi. "Pemain Real Madrid dan kapten kami, Karim Benzema sudah bersetuju untuk menamatkan era gemilang yang tidak boleh dilupakan sebagai pemain di kelab kami. "Madrid mahu menunjukkan penghormatan dan rasa sayang terhadap seseorang yang pernah menjadi legenda terhebat kami." kata Real Madrid dalam satu kenyataan. Pengumuman itu hadir selepas jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti berkata kelmarin tiada sangsi lagi mengenai masa depan Benzema di Madrid, dengan penyerang itu ada kontrak berbaki setahun di sana. Benzema sendiri pada mulanya menidakkan khabar angin tersebut selepas laporan muncul minggu ini mengatakan kemungkinan dia akan berhijrah ke Arab Saudi. - The Guardian Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube