suria

Georgina bakal terima ‘nafkah’ lebih RM500,000 sebulan jika berpisah dengan Ronaldo walaupun belum berkahwin

Khabar angin perpisahan pasangan ini mula bertebaran sejak beberapa bulan lalu.

TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez akan menerima £86,000 (RM500,738) sebulan sekiranya berpisah, walaupun pasangan itu belum berkahwin.

Mememtik laporan Dailymail, bayaran tersebut susulan perjanjian pra-perkahwinan yang dibuat untuk menjamin masa depan kewangan Rodriguez.

Khabar angin mengenai pembayaran ala 'nafkah' ini telah tersebar selepas timbulnya desas-desus kononnya hubungan pasangan berkenaan dikhabarkan dilanda badai.

Bagaimanapun, ibu Ronaldo menyangkal spekulasi perpisahan anaknya dengan model jelita berusia 29 tahun itu.

Malah pasangan itu baru-baru ini dilihat menghabiskan masa bersama di Sepanyol, sekaligus menjawab tanda tanya mengenai status hubungan mereka. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain