suria

Messi beri kata putus, tidak akan bermain untuk Piala Dunia 2026

Messi tidak akan lagi bersama Argentina untuk Piala Dunia 2026.

HILANGNYA sebutir bintang di langit, perginya seorang legenda dunia bola sepak.

Lionel Messi mendedahkan Piala Dunia di Qatar adalah penampilan terakhir buatnya di pentas itu selepas Argentina berjaya menjadi juara dunia pada edisi 2022.

Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan dia hanya akan menyertai Piala Dunia 2026 sebagai penonton dan tidak lagi sebagai pemain.

Apabila ditanya sekiranya dia sekali lagi akan menjadi hero untuk negaranya pada pertandingan terulung itu, Messi berkata 'saya rasa tidak'.

Seakan terus mengesahkan bahawa dia tidak lagi akan beraksi pada edisi 2026 di Amerika Syarikat, dia menambah Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir untuknya.

"Saya akan lihat dulu bagaimana semuanya berjalan tetapi secara prinsipnya, saya tidak akan terbabit dalam Piala Dunia seterusnya," katanya.

Dalam perkembangan sama, penyerang itu turut menegaskan kejayaan menjulang Piala Dunia bersama Argentina adalah jauh lebih baik berbanding meraih pencapaian individu seperti Ballon d'Or. - Forbes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain