DIKATAKAN mahu menyelesaikan perselisihan faham, seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam bilik hotel yang diinap seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu.Pencerobohan ke dalam bilik hotel itu diilaporkan berlaku pada pukul 6.10 petang. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.Hantaran yang tular di Facebook. “Mangsa menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh lelaki tersebut yang berusia 49 tahun berikutan terdapat perselisihan faham antara mereka.“Suspek meninggalkan bilik tersebut selepas mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut Mohamad Fakhrudin, laporan polis dibuat oleh pengadu iaitu wanita berusia 35 tahun pada pukul 2.10 pagi, Khamis.Katanya lagi, hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya menahan suspek di Jalan Penchala di Petaling Jaya, Selangor untuk membantu siasatan pada Jumaat.“Kebenaran menahan reman lelaki itu diperoleh daripada Mahkamah Petaling Jaya bermula Jumaat.“Dia bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.Sebelum ini tular di laman sosial hantaran seorang lelaki yang mengaku sebagai suami mangsa, mendakwa bekas pemain bola sepak kebangsaan itu telah menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap isterinya.Dia dikatakan mengenali identiti suspek.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!